22 Julai 2009

Pemimpin KERA dan Komponen KERAjaannya; dan Review Kemenangan Tipis Manek Urai.


Sila anda lihat dalam gambar keratan akhbar di atas, yang manakah PEMIMPIN KERA DAN KOMPONEN KERAJAANNYA?
Aku sakit hati tengok Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bangang sedang tersenyum seronok melihat bangkai-bangkai kera yang telah ditembak. Anggota-anggota RELA pula menjadi keldai tunggangan Ahli Politik. Senyumlah wahai PEMBUNUH!!
Aku ada bersembang dengan isteri aku dalam kereta tentang isu ini, ia berbunyi:

Aku: Azi, baca tak sughat habaq hari ini?
Isteri: Sughat habaq mana Bang?
Aku: Berita Hairan laaa...
Isteri: Kat pejabat depa beli Hairan Metro ja.. Cerita apa Bang?
Aku: Kat Pendang, depa buat pesta tembak kera dengan tupai..
Isteri: Ya ka..
Aku: Kerja orang politik dengan puak-puak RELA dia la apa lagi, macam hari tu la kat baling tu..
Isteri: Ohhh..
Aku: Depa tak rasa apa-apa ka time buat kerja cam tu? Kalau tembak sekoq dua tak pa ni banyak tau?
Isteri: Abang, jangan emosional sangat! Orang yang buat kerja camtu, orang yang tak da didikan Agama, kalau dia ada didikan Agama yang cukup, Insyaallah dia tahu macam mana nak hargai nyawa makhluk Allah yang lain!
Aku: (Tersenyum)

Berita ni aku rasa ada disiarkand dalam Buletin Utama, tak silap aku la. Yang bestnya, aktiviti ini juga didalangi oleh ahli politik dari PERTUBUHAN MELAYU BERSATU MALAYA macam juga yang dekat Baling hari tu (rujuk posting sebelum nih). Tahniah la aku ucap kat DATUK YANG MAHA BANGANG ni.. Aku bukan seorang yang memberi sokongan mana-mana parti politik kencing anjing, tapi Parti lain pun banyak silap, aku tak boleh terima la yang dia ni buat, memang tak berperi kemanusiaan langsung la, yang buat aku sakit hati sangat, bila tengok muka-muka keldai-keldai tu tersenyum, tak rasa salah atau pun kesal langsung ka... Untungnya aku dicipta jadi manusia, kalau aku jadi kera aku malu mati kat tangan depa ni, baik aku mati berebut kawasan kawanan, lawan sampai mati tak perlu pilihanraya kecil.. BODOH!
..............................................................................................
PAS MENANG TIPIS DI DUN MANEK URAI
Julai 17, 2009, 948am, http://www.bharian.com.my/klikkhas/manek_urai

+ Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai

+ Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis majoriti 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.
+ Jumlah undi yang diperoleh Pas kali ini merosot sebanyak 398 undi, berbanding 5,746 undi pada Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.
+ Seramai 10,733 pengundi atau 87.33 peratus daripada 12,293 pemilih mengundi pada pilihan
raya kecil yang diadakan
+
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peratusan mengundi melepasi sasaran SPR sebanyak 85 peratus keluar mengundi.

Semasa on-the-way balik ke Perlis dari Kelantan, aku sangaja menimbulkan perdebatan antara Aku dan Isteriku. Tajuk perdebatan itu ialah; Yang mana lagi best - Kalah bergaya atau menang terus.

Tajuk tu merujuk kepada kekalahan BN yang amat tipis di Manek Urai.

Aku: SPR tu kerajaan Pusat punya, bukan badan bebas sangat pun, takat BN nak menang kat Manek Urai tu, petik jari ja.

Isteriku: Abih tu awat dia tak bagi menang teruih ja? (tak puas hati kat statement aku)

Aku: Mana syok, depa saja bagi Paih (PAS) menang sikit ja baru syok.

Isteriku: Baik depa bagi BN menang majoriti penuh lagi syok (tak puas hati lagi nih)

Aku: Aih, tak syok kalu menang majoriti penuh.

Isteriku: Awatnya? Menang besaq la syok..

Aku: Tak syok..

Istetiku: Awat tak syok? Habaq mai?

Aku: Besa tengok cerita Tamil kan?(aku dengan isteri aku memang suka tengok cerita tamil)

Isteriku: Besa..

Aku: Try tengok, hero dia mana menang teruih, kena la luka-luka sikit, kena tumbuk kat mulut sikit, masuk lokap-keluar lokap, kena naya dengan memba sendiri, kena naya dengan bapak awek sendiri, kadang-kadang ada yang mati hidup balik lepaih kena tampaq dengan mak depa (merujuk filem Hindi - KARAN ARJUN).

Isteriku: Pandailah abang cakap... (Menyindir)

Aku: (Kembang idung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan