Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah Tuhan Pemilik Alam,
Dengan izin-Nya saya mampu duduk berhadapan Komputer Peribadi milik Kerajaan ini dan dengan izin-Nya juga saya mampu berkudrat menaip blog pertama saya ini.
- Saya seorang lelaki yang membenci formaliti
 - Jadi saya akan membahasakan diri sebagai aku
 - Walaupun "aku" ia masih disebut dengan penuh hormat
 - Kepada warga emas, ampun dipohon seribu bahasa
 
Tujuan aku meminjam ruangan BLOGSPOT ini untuk menulis blog aku, kerana:
- Aku rasa banyak sangat benda aku nak cakap tapi tak boleh cakap
 - Jadi aku akan tulis dan anda boleh baca
 - Masa lapang aku pun banyak sangat
 - Jadi baik aku kurangkan masa lapang aku
 - Aku pun nak jadi ahli politik
 - Ahli politik kena pandai tulis blog
 - Rakyat dan celik komputer dan dah tak baca surat khabar
 - Surat khabar dah tak boleh percaya sangat
 - Banyak tipu
 - Yang betul kat nombor ekor dengan keputusan bola sepak
 
Apa lah yang aku nak tulis sangat dalam blog aku nih:
- Aku amat berminat dalam Alam Semulajadi, tentang pemuliharaan dan hidupan liar
 - Politik pun aku minat
 - Aku minat politik?
 - Aku cuma rakyat yang minat dengan situasi politik Malaysia yang pincang
 - Kepincangan yang berpunca daripada persaingan yang amat sihat
 - Bagi aku itu normal
 - KITA ADALAH MANGSA KETAMADUNAN
 - Dulu Hadhari sekarang 1Malaysia.
 - Lepas ni apa pulak
 
"Woi Mamu Kasem! Awat nama hang Kasem? Awat hang minat Nasi Kandaq?"
- Nama aku Kasem sebab aku suka nama tu
 - Aku minat nasi kandaq sebab sedap
 
-soalan ini akan diserapkan dalam ruangan FAQ ataupun SYLDT (soalan yang lazim ditanya)-
Aku ada kerja, esok aku sambung lain ucapan ini.
Aku turun pentas dulu noh... Pi la balik dulu, esok lepas Asar mai lain noh..


